Adakah kau mempunyai sebarang impian? Sesuatu yang kau berharap untuk lakukan suatu hari nanti?
Kau mempunyai sebab untuk hidup, bukan? Kau tahukan, sesuatu yang kau mahu lakukan esok…
Itulah sebab kita tidur. Kita tidur untuk melupakan perkara-perkara buruk
Kita memberitahu diri kita sendiri bahawa kalau kita melalui hari ini, kita akan baik-baik saja…
Menggunakan ketuhar gelombang mikro kedai serbaneka pada lewat malam
Keajaiban apakah yang kau nantikan?
Kau mengetahui apa yang aku katakan, bukan? Bahawa sebelum kau mengetahuinya, kau telah berputus asa
Tapi kau berpura-pura tidak menyedari…
Mula semula! Mula semula!
Jikalau kau berfikir untuk mulakan semula cuma sekali lagi
Sekaranglah masanya, tiada lagi selepas ini
Kau hanya melarikan diri daripadanya, jadi bangunlah!
Realiti terpantul di kaca tingkap
Hatiku mahu membelakanginya, tetapi…
Saat kau melangkah masuk pintu automatik, kau boleh menjadi orang lain
Satu-satunya persoalan ialah, dari manakah kau mulakan semula?
Sudah semestinya! Sesaat sebelum kau hampir berputus asa
Aku ini apa? Siapakah aku untuk menilai orang lain?
Sebelum kita mengetahuinya, kita berada dalam kawasan selamat kecil tersendiri, memandang rendah yang lain seperti pengkritik profesional
Bagaimanakah aku boleh keluar dari suasana suam ini?
Walaupun aku akan gagal, aku mahu sekurang-kurangnya menjadi watak utama…
Selain daripada dilindungi oleh kamera keselamatan
Aku hanya mahukan kebebasan tidak diperhatikan
Apa yang boleh aku korbankan untuk itu? Tiada harga yang begitu tinggi
Jadi jangan risau pasal mereka-mereka yang memerhatikanmu
Jadikan ia kosong! Jadikan ia kosong!
Tiada apa yang kau pegang selama ini penting
Jangan berasa sia-sia. Jangan berlagak tenang
Setelah ianya sejuk, ia adalah maruah yang tidak bernilai
Walaupun angin bertiup dan saduran terkelupas
Aku tidaklah sebodoh orang yang di sana
Aku ingin katakan aku sedikit bagus daripada itu
Aku ingin berpaling kepadamu dan menafikan segala-galanya
Akhirnya, kita enggang sama enggang, pipit sama pipit
Masih bolehkah kita berkata “selepas semua ini”? Adakah sudah terlambat?
Jikalau aku boleh mulakan semula, aku boleh lakukan apa sahaja, bukan?
Kau bagaikan masa silamku. Aku akan menjadi masa depanmu
Kita semua hanyalah lambakan kebencian diri sendiri
Mula semula! Mula semula!
Jikalau kau berfikir untuk mulakan semula cuma sekali lagi
Sekaranglah masanya, tiada lagi selepas ini
Kau hanya melarikan diri daripadanya, jadi bangunlah!
Realiti terpantul di kaca tingkap
Hatiku mahu membelakanginya, tetapi…
Saat kau melangkah masuk pintu automatik, kau boleh menjadi orang lain
Satu-satunya persoalan ialah, dari manakah kau mulakan semula?
Sudah semestinya! Sesaat sebelum kau hampir berputus asa