Hidupkan kembali (rutin) tersendiri kita semalam,
Kita akan meredah laluan esok (hari) dengan (penuh) harapan!
Apakah yang kekal berada (di sini),
Di samping tangan-tangan kecil?
Suaraku bertebaran (perlahannya) ke langit…
Meskipun malapnya realiti yang aku perolehi,
dan tidak dapat kulihat apa di hadapanku,
Aku yakin (bahawa) aku masih boleh meneruskan (perjuanganku) di laluan yang panjang ini,
Selagi mana aku bersamamu!
Hatta ikatan yang kita tinggalkan (menjadi) kumpulan debu yang bersambung,
Dengan masa lampau dan masa depan kita, saling berdiri.
Kita akan (tetap) mengulang jawapan yang dipenuhi ketidak tepatan,
Maka, kejarlah cahaya, menjangkau tangan kita – sebanyak mana yang diperlukan!
Apakah yang kita akan cari,
Dengan jari-jemari yang terkapai, teragak-agak?
Merenung jauh ke awan dalam rintihan dan tangisan, kita masih terhenti (lalu berdiam diri).
Di (persimpangan) jalan ini kita bermula untuk jalan selangkah demi selangkah,
Biarpun jejak dan tapak kaki yang kita tinggalkan,
Dilenyapkan dengan kehadiran hujan,
Marilah kita maju (ke hadapan)!
Perkataan yang kita (gunakan) seperti berada di ambang tipu daya cerita yang dilupakan,
Bertimbun (dengan kusutnya) masa lampau dan masa hadapan, seperti yang kita biarkan.
Jangan (sesekali) menerima izin untuk (kembali) melihat semula (suka duka yang lama),
Marilah kita memohon doa, teruskan mara (ke hadapan) bersama-sama – pergi sejauh mana yang dikehendaki!
Warna yang terpantul di dalam mata kita,
adalah satu nada yang terbaik,
Tatkala nota-nota mencarikan (pemiliknya),
Goyah buat seketika,
Ideal kita bakal dizahirkan,
Bermain ke hadapan,
Untuk menyembunyikan hati kita yang pengecut.
Ikatan (yang) menghimpunkan debu yang kita tinggalkan kini berhubung;
Dengan masa lampau dan masa depan kita, saling berdiri.
Kita tidak akan memalingkan diri ke belakang untuk jawapan yang bakal kita ketahui suatu hari nanti,
Memahut cahaya itu dan melampaui esok hari – sebanyak mana yang diperlukan!