Ditiup oleh angin yang berkibar-kibar, kini, bukalah matamu kepada cahaya.
Oh, perasaan – kibarkan sayapmu sekarang
Kata-kata yang ingin kuucapkan, masih (tersimpan) di dalam hatiku.
Kepada musim berlalu dan kesedihan, kuucapkan selamat tinggal.
Tanpa berfikir, aku terpesona dengan kelopak bunga yang berkilauan dari bunga yang begitu mekar.
Setiap kali hatiku tersentuh tika melihat warna pudarnya, degupan jantungku meningkat.
Lihatlah, ini adalah garisan yang berputar-putar (di antara) sempadan.
Ayuh, sedarkan memorimu!
Kerana (aku ingin tahu) dunia yang kauberitahu pada hari itu.
Ditiup oleh angin yang berkibar-kibar, kini, bukalah matamu kepada cahaya.
Sekarang, ke arah horizon (kaki langit).
Bakarlah cebisan imej masa depan yang melimpah ke dalam matamu
Aku terkenangkan hari-hari nostalgia
Kerana tika aku mengingatinya, senyumanmu masih di sana.
Dengan selamba kau memegang rambut (itu sebelum ia) kembali ke dalam angin.
Saat aku terpesona dengannya, masa terhenti, dan perasaanku berubah-ubah.
Lihatlah, ini adalah ilusi yang bertukar-tukar. Ayuh, sedarkan memorimu!
Kerana selepas ini, masa depan (kita) sedang menunggu.
Ditiup oleh angin yang berkibar-kibar, akan kucapai tanganku pada suaramu.
Sekarang juga.
Corak cinta menjadikan bunga yang mekar, berubah warnanya. Aku melompat keluar dan berteriak,
Biarpun itulah takdirku untuk ingat, lari dan akhirnya gugur kelopakku.
Dalam tempoh hari yang silih beralih, jika kau mahu segera melepasi mereka,
Jangan lupakan mereka. Selama-lamanya.
Lihatlah, ini adalah garisan yang berputar-putar (di antara) sempadan.
Ayuh, sedarkan memorimu!
Kerana (aku ingin tahu) dunia yang kauberitahu pada hari itu.
Ditiup oleh angin yang berkibar-kibar, kini, bukalah matamu kepada cahaya.
Sekarang, ke arah horizon (kaki langit).
Pautlah cebisan masa depan yang melimpah dengan tanganmu.