Rutin hambar lama yang sama, dipenuhi dengan bual-bual kosong
Ada sesuatu yang hilang, deritan kesedihan yang meresapi hatiku
Secara mengejut, engkau rakan subahat, berkongsi rahsia yang hampir mustahil dipercayai
Dunia secara tiba-tiba dipenuhi dengan warna dan degupan jantungku meningkat secara melawak
Dengan kelembutan yang menjanggalkan, hatiku dihanyutkan. Aku, dan juga seorang gadis itu
Ini mesti cinta, ia mencengkam dadaku. Wajah sisimu berada di hadapan mataku
Dengan mudah kausenyum kepadaku. Bodoh, bodoh, bodoh…
Perasaan berputik, takdir berbelit-belit mula untuk berputar dan membelok
Aku mungkin tidak mampu berdiam diri dan melihat sahaja
Kesayuan bergegas masuk, melambai dan bergoyang pada tengah malam
Muka tidak bersalahmu melekat di belakang kelopak mataku
Laju dari yang dijangka, bunyi itu bergerak melalui hatiku, pecutannya tidak terhenti
Aku tidak mampu katakannya, aku cuma mahu menangis. Aku tidak tahu apa jawapan yang sebenar
Tetapi aku tetap mencapainya juga. Hei, hei, hei…
Jadi patutkah kita ganggu kesemua lintasan kehendak takdir ini?
Bukannya seronok hanya menjadi gadis yang baik, kan?
Aku menjerit ke arah matahari terbenam di atas laut tenang
Pagi, tengah hari, petang, dan malamku semuanya dipenuhi denganmu
Tekakku sangatlah kering. Sudah dijangka aku mesti cemas. Aku, dan juga seorang gadis itu
Ini mesti cinta, ia mencengkam dadaku. Kebodohan dirimu berada di hadapan mataku
Tetapi aku tidak mahu mengetahui perasaan sebenarmu. Tak mungkin, tak mungkin, tak mungkin…
Perasaan berputik, takdir berbelit-belit mula untuk berputar dan membelok
Aku mungkin tidak mampu berdiam diri dan melihat sahaja