Bayang-bayang semua orang dinyalakan dalam kelipan (deretan) lampu jalan (yang mati).
(Adanya) bau getah dan kelembapan di udara. (Ianya) terlalu banyak untuk menggambarkan kesunyian ini.
Oleh itu, sudut pandanganku tidak akan berkekalan; ia melangkaui atas gugusan bintang dan bergerak ke (arah) timur laut.
Kupu-kupu berkumpul, namun hakikatnya jua, ia adalah sia-sia – mereka membakar di dalam mimpiku dan selepas itu, tiada apa lagi yang tinggal (di belakang).
Satu tiket tanpa destinasi, pemandangan senja yang terakhir dalam kehidupan ini.
Cepat dan bawalah aku ke tanah terbiar, di (sebelah) sisi lain Bumi.
(Terdapat) tulang anjing di kebun musim panas, tarikh ditandakan pada timbunan mayat.
Berjalan di atas mereka ke arah esok, dengan suatu catatan mengenai bronkitis.
Menyanyi sehingga kau meludah darah. Angin sejuk dari pergunungan utara memancarkan ke semua arah, dan juga membenarkan pencemaran bunga yang mekar di sana.
Aku tergigit (kelu) lidahku di bandar ini – bukan, bandar itulah punca di sebaliknya.
Dalam setiap mitos yang diceritakan kepada kanak-kanak, (tempat) bersemayam tuhan (adalah) di dalam kotak pasir.
Aku terlibat, tidak dapat melarikan daripada (beban) sosial ini. Aku meninggalkan (dengan melangkah ke hadapan) tanpa sebab dan meludah kepada mereka.
Aku menghalang (masa depanku) dan meragui akhirat, membakar dengan penuh kekok, tanpa meninggalkan apa-apa di belakang.
(Pada) garis pemisah antara binatang dan manusia, sekumpulan lalat berkerumun sekeliling kehidupan.
Sperma yang mengembara ke dataran suci, kematian pra-matang di dalam runtuhan salji.
Sebuah hotel cinta bersebelahan lebuh raya dengan senja yang terpelihara (keindahannya).
Satu fajar yang tidak sesempurna (seperti dulu), dan penghujung dunia seolah tergagap (dalam perlaksanaannya)
Menelan dan tercekik kepadanya, embun menitis ke bawah tirai-tirai.
Kehidupan ini sekarang sudah hangus, sebuah galaksi musim sejuk di atas jalan raya
Melompat di belakang pikap, beberapa tahun (pun terus) berlalu
Ia terjatuh melalui persimpangan, darah ditumpahkan
Tatkala aku melihat melalui tingkap. aku terdengar bunyi cebisan kehidupan dibakar
Kelajuan dan geseran mencetuskan percikan api (di mana-mana)
Kelajuan dan geseran membakar organ-organku
Ada wisel wap dalam badanku memberi isyarat pemergianku, dan darah menjadi laluan keluarku. Mengapakah setiap kali aku berada dalam perjalanan dan semakin menghampiri, aku dapati diriku semakin jauh (daripada laluan)?
Aku melaungkan dengan kekecewaan, (hasil) landskap yang retak hari ini. Tanah itu tertusuk dan tercalar. (Terdapat) sebuah kapal yang terbengkalai (rosak) pada (bulan) Februari, tidak terusik.
Kelajuan dan geseran membakar organ-organku